Intervensi ini akan menggunakan beberapa pendekatan baru untuk meningkatkan keberkesanan program pengurusan berat badan di fasiliti kesihatan, khususnya dalam kalangan pesakit diabetes. Para pesakit akan didedahkan dengan halangan-halangan yang menyebabkan ada individu enggan berubah. Mereka akan diberi peluang mengenali beberapa masalah berkaitan tingkah laku yang tidak disedari oleh mereka supaya masalah-masalah ini dapat diatasi.
Selain itu, ahli keluarga akan turut terlibat secara aktif semasa intervensi bagi meningkatkan sokongan sosial dan mewujudkan persekitaran sihat supaya pesakit lebih mudah untuk berubah. Berbanding pendekatan secara individu, mereka akan diberi pendedahan untuk membuat pilihan sihat dalam konteks keluarga bagi merialisasikan persekitaran sihat dalam kalangan ahli keluarga.
Menurunkan berat badan secara konsisten bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya bagi pesakit-pesakit diabetes. Oleh itu, cabaran-cabaran yang bakal dihadapi semasa proses menurunkan berat badan akan disampaikan kepada pesakit supaya mereka lebih bersedia dan mampu mengekalkan perubahan tingkah laku untuk menjadi norma baharu para pesakit serta ahli keluarga mereka.
Kami menawarkan perkhidmatan pendidikan kesihatan atas talian bagi membantu anda bertindak mengatasi masalah obesiti. Anda hanya menjalani 4 modul Chance2Act secara online!
•Penyampaian modul secara berperingkat
•Tempoh intervensi hanya 4 – 8 minggu
Kami akan membantu anda supaya bertindak menurunkan berat badan. Capai penurunan berat badan yang berkekalan! Sertai kami untuk mendapatkan:
•Perkhidmatan Personalised online coaching
•Pendekatan khusus untuk pesakit diabetes
•Maklumat kesihatan yang on-point dan mudah difahami
Obesiti dan diabetes berkait rapat.Tambah pengetahuan anda mengenai masalah obesiti dan diabetes melalui pendidikan kesihatan yang menarik dan berstruktur. Kami akan membantu anda untuk memahami masalah obesiti yang anda hidapi. Bantu kami untuk bantu anda mencapai menurunan berat badan secara berkekalan!
Peserta akan menggunakan laman web ini untuk berinteraksi dengan doktor secara langsung. Pesakit tidak perlu menunggu 3 – 4 untuk tarikh temujanji seterusnya bagi mendapatkan maklumbalas doktor!
Sukar untuk mengubah diet di rumah? Hanya anda berubah, sedangkan ahli keluarga lain enak menikmati juadah harian. Kami akan mendekati keluarga anda bagi memastikan proses penurunan berat badan yang berjaya.
Kenapa anda masih belum menurunkan berat badan? Kekangan masa? Masalah kesihatan? Kenali faktor penghalang anda untuk menurunkan berat badan. Atasi penghalang anda dengan bijak!